KEM INDUKSI PEMBIMBING RAKAN SEBAYA PERINGKAT DAERAH KINTA UTARA
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Majlis Guru Kaunseling Kebangsaan Kinta
Utara (MGKK) dan Pejabat Pendidikan Daerah Kinta Utara akan menjalankan
program di atas seperti ketetapan berikut :
Tarikh : 20 – 22 Jun 2014, ( Jumaat - Ahad )
Venue : Kem PGA Ulu Kinta, Ipoh..
3. Sehubungan dengan itu, semua sekolah rendah Kinta Utara WAJIB
menghantar dua orang peserta PRS ( seorang Lelaki & seorang
Perempuan ) untuk mengambil bahagian dalam kem tersebut. Yuran
penyertaan kem tersebut ialah RM60.00 seorang. Bayaran boleh dibuat
semasa hari pendaftaran program.
4. Sila muat turun dokumen berkaitan program di bawah. Sebarang pertanyaan berkenaan program di atas boleh
menghubungi En. Roslan bin Yahaya : 019 – 557 5667, Pen. PPD Bimbingan
& Kaunseling.
Sekian. Terima kasih
Dokumen untuk muat turun:
1.
Borang Penyertaan - ONLINE (Tarikh tutup: 19 Jun 2014, Jam 1.00 ptg)
2.
Borang Pengesahan Penyertaan (Bawa semasa mendaftar)
3.
Senarai keperluan kem
4.
Minit Mesyuarat Program
5.
Surat Kebenaran & Kesihatan
6.
Jadual program