Rabu, 28 Oktober 2015

PELAPORAN PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING FASA 2 (JUL-OKT) 2015

PELAPORAN PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING FASA 2 (JUL-OKT) 2015

* Data pelaporan dari 1 Julai hingga 30 Oktober sahaja

* Tarikh akhir penghantaran pelaporan ialah 3 November 2015 (Selasa)


* Data perlu dihantar ke alamat emel:
     - Sekolah Rendah: kaunselingrendahppdku@gmail.com
     - Sekolah Menengah: kaunselingmenengahppdku@gmail.com

* MUAT TURUN:
1. TAPAK PELAPORAN (LPBK)
2. JADUAL PELAKSANAAN SARINGAN MINDA SIHAT
3. MANUAL PENGISIAN PELAPORAN (LPBK)
4. PROSES KERJA PELAPORAN (LPBK) FASA 1 & 2
ATAU
5. MUAT TURUN SEMUA (1,2,3,4)
ATAU
6. http://goo.gl/forms/FOCUfgYJo1


* Sebarang masalah, hubungi:
    JU LPBK Daerah (Sekolah Menengah):
     - En.Hisham (SMK Bercham) 019-9799739
     - Pn.Zaiton (SMK RPS) 019-5895956
   
   JU LPBK Daerah (Sekolah Rendah):
     - En.Mohd Faizal (SK Seri Ampang) 019-6447145

  JU LPBK Negeri :
   - En.Megat (SM Sam Tet) 012-8380382

BAHAN TAKLIMAT & AMALAN DAN PENGURUSAN TERBAIK PERKHIDMATAN KAUNSELING DAN DISIPLIN DI SEKOLAH TAHUN 2015


Semua Pengetua/Guru Besar
Sekolah Daerah Kinta Utara

Tuan/Puan

SEGERA AMALAN DAN PENGURUSAN TERBAIK PERKHIDMATAN KAUNSELING DAN DISIPLIN DI SEKOLAH TAHUN 2015

Dengan sukacitanya perkara di atas merujuk kepada surat dari Jabatan Pendidikan Perak,J.Pel.Pk(HEM) 5128/5/6 Jld.2(109) bertarikh 7 Ogos 2015 adalah berkaitan

2.                    Adalah dimaklumkan, semua bahan dan garis panduan yang berkaitan boleh diperolehi melalui Blog MGKK di alamat mgkkkintautara.blogspot.com

3.                  Sebarang pertanyaan, sila hubungi Encik Roslan bin Yahaya, Penolong PPD Bimbingan dan Kaunseling di talian 05-2544877/019-5575667. Kerajasama dan perhatian tuan amatlah dihargai dan diucapkan terima kasih.

Sekian.
****************************************

MUAT TURUN BAHAN:
1. BAHAN APTITUD
2. BAHAN AMALAN TERBAIK
3. BAHAN TAKLIMAT

Jumaat, 18 September 2015

BAHAN PSIKOMETRIK - UJIAN APTITUD AM TAHUN 3, 2015

Klik di sini: Muat turun bahan Ujian Aptitud Am Tahun 3 2015

 * Untuk membuka kertas soalan dan jawapan, anda perlu masukkan pasword yang dibekalkan oleh pihak lembaga peperiksaan. (Tujuan mengelakkan kebocoran soalan kepada bukan guru)

Isnin, 27 Julai 2015

MESYUARAT JAWATANKUASA KARNIVAL PENDIDIKAN KERJAYA SEKOLAH RENDAH DAERAH KINTA UTARA BIL.3/2015

MESYUARAT JAWATANKUASA KARNIVAL PENDIDIKAN KERJAYA SEKOLAH RENDAH
DAERAH KINTA UTARA BIL.3/2015

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.         Adalah dimaklumkan Majlis Guru Kaunseling (MGKK) SR dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah Kinta Utara akan mengadakan mesyuarat di atas seperti ketentuan berikut:

                                    Tarikh              : 28 Julai 2015(Selasa)
                                    Masa               : 2.15 petang
                                    Tempat           : Bilik Gerakan SK Tasek Dermawan

3.         Sehubungan dengan itu dipohon kebenaran dan pelepasan tugas rasmi kepada pegawai tuan(Rujuk Lampiran 1) bagi menghadiri mesyuarat yang dinyatakan di atas.

4.         Agenda mesyuarat yang akan dibincangkan adalah seperti berikut :
i. Ucapan Aluan Pengerusi
ii. Ucapan Penasihat
iii. Pembentangan dan Pengesahan Minit Yang Lalu
iv. Pembentangan Tugasan Jawatankuasa Kerja
v. Laporan Kemajuan Jawatankuasa Kerja
vii. Lain-lain Hal
viii. Ucapan Penagguhan
                       
5.         Sebarang pertanyaan, sila hubungi En Roslan bin Yahaya,Penolong PPD Bimbingan dan Kaunseling di talian 019-5575667/05-2544877

Kerjasama dan perhatian tuan amatlah dihargai dan diucapkan terima kasih. 

***SENARAI AJK YANG DILANTIK*** 

PERLANTIKAN SEBAGAI FASILITATOR DAN URUSETIA PROGRAM MENANGANI GEJALA DISIPLIN MURID(KESOPANAN DIRI) DAERAH KINTA UTARA 2015

PERLANTIKAN SEBAGAI FASILITATOR DAN URUSETIA
PROGRAM MENANGANI GEJALA DISIPLIN MURID(KESOPANAN DIRI)
DAERAH KINTA UTARA 2015


Dengan hormatnya, saya merujuk perkara di atas..

2.         Sukacita dimaklumkan Pejabat Pendidikan Daerah Kinta Utara akan melaksanakan program di atas seperti ketentuan berikut:

                                  Tarikh                : 12.08.2015(Rabu)
                                    Masa                : 7.45 pagi hingga 4.30 petang
                                    Tempat            : Dewan Besar, SMK Anderson.

3.         Adalah dimaklumkan bahawa satu mesyuarat bersama Fasilitator dan Urusetia akan diadakan seperti berikut :
                                    Tarikh             : 30 Julai 2015
                                    Masa               : 2.00 petang
                                    Tempat            : Dewan Seri Kinta,PPD Kinta Utara.
4.         Sehubungan dengan itu adalah dipohon kebenaran dan pelepasan tugas rasmi kepada pegawai tuan yang telah dipilih bagi menghadiri mesyuarat dan bertugas seperti yang dinyatakan di atas.Mesyuarat ini adalah untuk menyelaraskan bidang tugas serta fungsi fasilitator dan urusetia yang dilantik.
5.         Sebarang pertanyaan,pihak tuan bolehlah menghubungi pegawai yang bertanggungjawab iaitu Encik Roslan bin Yahaya di talian 019-5575667/05-2531857.

Kerjasama dan perhatian tuan amatlah dihargai dan diucapkan terima kasih. 


* SENARAI AJK & FASILITATOR YANG DILANTIK

Jumaat, 24 Julai 2015

SEMINAR PEMANTAPAN PROFESIONALISME GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING PERINGKAT DAERAH KINTA UTARA TAHUN 2015

SEMINAR PEMANTAPAN PROFESIONALISME GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING
PERINGKAT DAERAH KINTA UTARA TAHUN 2015

 

Pengetua
Sekolah Menengah Daerah Kinta Utara

Tuan


Dengan hormatnya, saya merujuk Surat J.Pel.Pk.(AM)5114/6/Jld.29 (61) bertarikh 14 Julai 2015.

2.         Sukacita dimaklumkan Pejabat Pendidikan Daerah Kinta Utara akan melaksanakan program di atas seperti ketentuan berikut:

                                    Tarikh           : 06.08.2015

                                    Masa             : 08.00 pagi hingga 2.30 petang
                                    Tempat          : Hotel Excelsior, Ipoh.


4.         Sehubungan dengan itu adalah dipohon kebenaran dan pelepasan tugas rasmi kepada pegawai tuan iaitu seorang Guru Bimbingan dan Kaunseling bagi menghadiri seminar seperti yang dinyatakan di atas. Kehadiran pegawai tuan adalah wajib bagi memastikan segala perancangan,keperluan dan tugasan guru bimbingan dan kaunseling di sekolah menepati dasar yang telah ditetapkan oleh pihak kementerian.

5.         Sebarang pertanyaan,pihak tuan bolehlah menghubungi pegawai yang bertanggungjawab iaitu Encik Roslan bin Yahaya di talian 019-5575667/05-2531857. 

Kerjasama dan perhatian tuan amatlah dihargai dan diucapkan terima kasih.

Sekian.


******
a. Lihat: Maklumat asal (portal ppd)
b. Muaturun surat panggilan rasmi

Selasa, 19 Mei 2015

EXPO PENDIDIKAN KERJAYA SEKOLAH RENDAH DAERAH KINTA UTARA 2015

EXPO PENDIDIKAN KERJAYA SEKOLAH RENDAH DAERAH KINTA UTARA 2015

Sukacita dimaklumkan Pejabat Pendidikan Daerah Kinta Utara bersama Majlis Guru Kaunseling Kebangsaan Daerah Kinta Utara dengan akan menganjurkan EXPO PENDIDIKAN KERJAYA SEKOLAH RENDAH PERINGKAT DAERAH KINTA UTARA 2015 pada ketetapan berikut:

Tarikh      : 1 Ogos 2015 
Hari         : Sabtu
Masa       : 8.00 pagi
Tempat    : SK Tasek Dermawan
Yuran Penyertaan: sila rujuk minit mesyuarat
Acara :  1. Pertandingan Poster
              2. Pertandingan Eksplorasi Kerjaya
              3. Pertandingan Lagu Kerjaya
              4. Pertandingan Pakaian Beragam

Pertandingan adalah terbuka kepada semua sekolah rendah Daerah Kinta Utara dan mematuhi syarat yang ditetapkan. Sebarang pertanyaan boleh berhubung ditalian 019-561 6725. Borang penyertaan yang telah lengkap, emelkan ke alamat mgbk.ku@gmail.com sebelum atau pada 24 Julai 2015 (Jumaat).

Klik tajuk di bawah untuk muat turun syarat pertandingan dan minit mesyuarat:
a. Pertandingan Poster Kerjaya
b. Pertandingan Eksplorasi Kerjaya
c. Pertandingan Lagu Kerjaya
d. Lirik Lagu Memburu Impian
e. Pertandingan Pakaian Beragam
f. Minit Mesyuarat
g. Borang Penyertaan

Sekian. Terima kasih.

Selasa, 10 Februari 2015

BAHAN TAKLIMAT PENGURUSAN BIMBINGAN & KAUNSELING DAERAH KINTA UTARA 2015

MUAT TURUN BAHAN

BAHAN TAKLIMAT PENGURUSAN BIMBINGAN & KAUNSELING DAERAH KINTA 2015

TARIKH : 9 FEBRUARI 2015
MASA : 2.15 PTG
TEMPAT : DEWAN BESAR PPD KINTA UTARA

KLIK GAMBAR UNTUK MUAT TURUN BAHAN TAKLIMAT

Isnin, 9 Februari 2015

KEMASKINI DATA GURU BIMBINGAN & KAUNSELING (SM&SR) KINTA UTARA

 Kemaskini Data GBK Kinta UtaraKEMASKINI DATA GURU BIMBINGAN & KAUNSELING SM / SR - FEBRUARI 2015

Klik gambar untuk kemaskini atau: 
1. BORANG MASGBK
2. http://tinyurl.com/datagbkku15

Jumaat, 6 Februari 2015

TAKLIMAT PENGURUSAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING DAERAH KINTA UTARA 2015

Pengetua/Guru Besar
Sekolah Daerah Kinta Utara


 Tuan 
TAKLIMAT PENGURUSAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING
DAERAH KINTA UTARA 2015
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.         Adalah dimaklumkan Pejabat Pendidikan Daerah Kinta Utara akan mengadakan taklimat di atas seperti ketentuan berikut:

                                    Tarikh             : 09 Februari 2015
                                    Masa               : 2.15 petang
                                    Tempat           : Dewan Sri Kinta, PPD Kinta Utara

 
3.         Sehubungan dengan itu dipohon kebenaran dan pelepasan tugas rasmi kepada semua guru bimbingan dan kaunseling bagi menghadiri taklimat yang dinyatakan di atas.

4.         Aturcara taklimat yang akan dibincangkan adalah seperti berikut :

i. Ucapan Aluan Pengerusi
ii. Ucapan Pegawai Pendidikan Daerah Kinta Utara
iii. Sesi taklimat oleh Penolong PPD Bimbingan dan Kaunseling
iv. Soal jawab
v. Bersurai
                       





5.         Sebarang pertanyaan, sila hubungi En Roslan bin Yahaya,Penolong PPD Bimbingan dan Kaunseling di talian 019-5575667/05-2544877
Kerjasama dan perhatian tuan amatlah dihargai dan diucapkan terima kasih.

Sekian.
UNIT PEMBANGUNAN KEMANUSIAAN
PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KINTA UTARA.
 http://ppdkinta.edu.my/index.php/layout/62-unit-pembangunan-kemanusiaan/965-taklimat-pengurusan-bimbingan-dan-kaunseling-daerah-kinta-utara-2015

Rabu, 4 Februari 2015

MESYUARAT JAWATANKUASA MAJLIS GURU KAUNSELING KEBANGSAAN DAERAH KINTA UTARA BIL. 1/2015

Pengetua/Guru Besar
(Seperti Lampiran 1) 

Tuan
MESYUARAT JAWATANKUASA MAJLIS GURU KAUNSELING KEBANGSAAN DAERAH KINTA UTARA
BIL. 1/2015
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.         Adalah dimaklumkan Pejabat Pendidikan Daerah Kinta Utara akan mengadakan mesyuarat di atas seperti ketentuan berikut:
                                    Tarikh             : 05 Februari 2015(Khamis)
                                    Masa               : 2.15 petang
                                    Tempat           : Bilik Gerakan, SMK Tambun

3.         Sehubungan dengan itu dipohon kebenaran dan pelepasan tugas rasmi kepada pegawai tuan(Rujuk Lampiran 1) bagi menghadiri mesyuarat yang dinyatakan di atas.

4.         Agenda mesyuarat yang akan dibincangkan adalah seperti berikut :
i. Ucapan Aluan Pengerusi
ii. Ucapan Penasihat
iii. Pembentangan dan Pengesahan Minit Yang Lalu
iv. Pembentangan Cadangan/Aktiviti dari Biro-Biro
v. Program Ekspo Kerjaya Daerah Kinta Utara 2014
vi. Insuran Takaful Berkelompok MGKK
vii. Lain-lain Hal
viii. Ucapan Penagguhan

                      








5.         Sebarang pertanyaan, sila hubungi En Roslan bin Yahaya,Penolong PPD Bimbingan dan Kaunseling di talian 019-5575667/05-2544877
Kerjasama dan perhatian tuan amatlah dihargai dan diucapkan terima kasih.

Sekian.
UNIT PEMBANGUNAN KEMANUSIAAN
PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KINTA UTARA