Rabu, 29 Oktober 2014

PENTADBIRAN PENTAKSIRAN PSIKOMETRIK TAHUN 3 TAHUN 2014

PENTADBIRAN PENTAKSIRAN PSIKOMETRIK TAHUN 3 DAN PANDUAN MEMUAT TURUN BAHAN PENTAKSIRAN PSIKOMETRIK TAHUN 3 TAHUN 2014


Pentaksiran Psikometrik merupakan komponen Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dan bertujuan untuk mendapatkan maklumat tentang kebolehan semula jadi (innate ability) dan kebolehan yang diperoleh (acquired ability) murid,

Sehubungan dengan itu, Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia, telah membangunkan instrumen Ujian Aptitud Am Tahun 3 untuk ditadbirkan kepada semua murid Tahun 3 pada tahun 2014. Jadual Kerja Ujian Aptitud Am Tahun 3 Tahun, 2014 dan Panduan Memuat Turun Bahan Pentaksiran Pentaksiran Psikometrik Tahun 3 Tahun 2014 boleh dimuat turun di bahagian muat turun.

Dimaklumkan juga bahawa Lembaga Peperiksaan telah memuat naik dokumen Pentaksiran Psikometrik Tahun 3 Tahun 2014 ke portal rasmi Lembaga Peperiksaan. Salinan softcopy dokumen berkenaan dalam format Portable Document Format atau PDF ini boleh dimuat turun menerusi portal rasmi Lembaga Peperiksaan mulai 27 Oktober 2014 di alamat http://www.moe.gov.mv/lp.

Semua Guru Kelas dan Guru Bimbingan yang terlibat dalam melaksanakan Ujian Aptitud Am Tahun 3 boleh meruiuk pada Lampiian 1: Panduan Memuat Turun Bahan Ujian Aptitud Am Tahun 3 sebagai panduan memuat turun dokumen tersebut


Klik maklumat asal di Portal JPN

Klik maklumat asal di Portal PPD
Muat Turun Bahan Ujian Aptitud AM Tahun 3_Oktober 2014

PENANGGUHAN PROGRAM KERJAYA SEKOLAH RENDAH PERINGKAT DAERAH KINTA UTARA 2014