Isnin, 27 Julai 2015

MESYUARAT JAWATANKUASA KARNIVAL PENDIDIKAN KERJAYA SEKOLAH RENDAH DAERAH KINTA UTARA BIL.3/2015

MESYUARAT JAWATANKUASA KARNIVAL PENDIDIKAN KERJAYA SEKOLAH RENDAH
DAERAH KINTA UTARA BIL.3/2015

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.         Adalah dimaklumkan Majlis Guru Kaunseling (MGKK) SR dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah Kinta Utara akan mengadakan mesyuarat di atas seperti ketentuan berikut:

                                    Tarikh              : 28 Julai 2015(Selasa)
                                    Masa               : 2.15 petang
                                    Tempat           : Bilik Gerakan SK Tasek Dermawan

3.         Sehubungan dengan itu dipohon kebenaran dan pelepasan tugas rasmi kepada pegawai tuan(Rujuk Lampiran 1) bagi menghadiri mesyuarat yang dinyatakan di atas.

4.         Agenda mesyuarat yang akan dibincangkan adalah seperti berikut :
i. Ucapan Aluan Pengerusi
ii. Ucapan Penasihat
iii. Pembentangan dan Pengesahan Minit Yang Lalu
iv. Pembentangan Tugasan Jawatankuasa Kerja
v. Laporan Kemajuan Jawatankuasa Kerja
vii. Lain-lain Hal
viii. Ucapan Penagguhan
                       
5.         Sebarang pertanyaan, sila hubungi En Roslan bin Yahaya,Penolong PPD Bimbingan dan Kaunseling di talian 019-5575667/05-2544877

Kerjasama dan perhatian tuan amatlah dihargai dan diucapkan terima kasih. 

***SENARAI AJK YANG DILANTIK*** 

PERLANTIKAN SEBAGAI FASILITATOR DAN URUSETIA PROGRAM MENANGANI GEJALA DISIPLIN MURID(KESOPANAN DIRI) DAERAH KINTA UTARA 2015

PERLANTIKAN SEBAGAI FASILITATOR DAN URUSETIA
PROGRAM MENANGANI GEJALA DISIPLIN MURID(KESOPANAN DIRI)
DAERAH KINTA UTARA 2015


Dengan hormatnya, saya merujuk perkara di atas..

2.         Sukacita dimaklumkan Pejabat Pendidikan Daerah Kinta Utara akan melaksanakan program di atas seperti ketentuan berikut:

                                  Tarikh                : 12.08.2015(Rabu)
                                    Masa                : 7.45 pagi hingga 4.30 petang
                                    Tempat            : Dewan Besar, SMK Anderson.

3.         Adalah dimaklumkan bahawa satu mesyuarat bersama Fasilitator dan Urusetia akan diadakan seperti berikut :
                                    Tarikh             : 30 Julai 2015
                                    Masa               : 2.00 petang
                                    Tempat            : Dewan Seri Kinta,PPD Kinta Utara.
4.         Sehubungan dengan itu adalah dipohon kebenaran dan pelepasan tugas rasmi kepada pegawai tuan yang telah dipilih bagi menghadiri mesyuarat dan bertugas seperti yang dinyatakan di atas.Mesyuarat ini adalah untuk menyelaraskan bidang tugas serta fungsi fasilitator dan urusetia yang dilantik.
5.         Sebarang pertanyaan,pihak tuan bolehlah menghubungi pegawai yang bertanggungjawab iaitu Encik Roslan bin Yahaya di talian 019-5575667/05-2531857.

Kerjasama dan perhatian tuan amatlah dihargai dan diucapkan terima kasih. 


* SENARAI AJK & FASILITATOR YANG DILANTIK

Jumaat, 24 Julai 2015

SEMINAR PEMANTAPAN PROFESIONALISME GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING PERINGKAT DAERAH KINTA UTARA TAHUN 2015

SEMINAR PEMANTAPAN PROFESIONALISME GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING
PERINGKAT DAERAH KINTA UTARA TAHUN 2015

 

Pengetua
Sekolah Menengah Daerah Kinta Utara

Tuan


Dengan hormatnya, saya merujuk Surat J.Pel.Pk.(AM)5114/6/Jld.29 (61) bertarikh 14 Julai 2015.

2.         Sukacita dimaklumkan Pejabat Pendidikan Daerah Kinta Utara akan melaksanakan program di atas seperti ketentuan berikut:

                                    Tarikh           : 06.08.2015

                                    Masa             : 08.00 pagi hingga 2.30 petang
                                    Tempat          : Hotel Excelsior, Ipoh.


4.         Sehubungan dengan itu adalah dipohon kebenaran dan pelepasan tugas rasmi kepada pegawai tuan iaitu seorang Guru Bimbingan dan Kaunseling bagi menghadiri seminar seperti yang dinyatakan di atas. Kehadiran pegawai tuan adalah wajib bagi memastikan segala perancangan,keperluan dan tugasan guru bimbingan dan kaunseling di sekolah menepati dasar yang telah ditetapkan oleh pihak kementerian.

5.         Sebarang pertanyaan,pihak tuan bolehlah menghubungi pegawai yang bertanggungjawab iaitu Encik Roslan bin Yahaya di talian 019-5575667/05-2531857. 

Kerjasama dan perhatian tuan amatlah dihargai dan diucapkan terima kasih.

Sekian.


******
a. Lihat: Maklumat asal (portal ppd)
b. Muaturun surat panggilan rasmi