Rabu, 29 Oktober 2014

PENTADBIRAN PENTAKSIRAN PSIKOMETRIK TAHUN 3 TAHUN 2014

PENTADBIRAN PENTAKSIRAN PSIKOMETRIK TAHUN 3 DAN PANDUAN MEMUAT TURUN BAHAN PENTAKSIRAN PSIKOMETRIK TAHUN 3 TAHUN 2014


Pentaksiran Psikometrik merupakan komponen Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dan bertujuan untuk mendapatkan maklumat tentang kebolehan semula jadi (innate ability) dan kebolehan yang diperoleh (acquired ability) murid,

Sehubungan dengan itu, Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia, telah membangunkan instrumen Ujian Aptitud Am Tahun 3 untuk ditadbirkan kepada semua murid Tahun 3 pada tahun 2014. Jadual Kerja Ujian Aptitud Am Tahun 3 Tahun, 2014 dan Panduan Memuat Turun Bahan Pentaksiran Pentaksiran Psikometrik Tahun 3 Tahun 2014 boleh dimuat turun di bahagian muat turun.

Dimaklumkan juga bahawa Lembaga Peperiksaan telah memuat naik dokumen Pentaksiran Psikometrik Tahun 3 Tahun 2014 ke portal rasmi Lembaga Peperiksaan. Salinan softcopy dokumen berkenaan dalam format Portable Document Format atau PDF ini boleh dimuat turun menerusi portal rasmi Lembaga Peperiksaan mulai 27 Oktober 2014 di alamat http://www.moe.gov.mv/lp.

Semua Guru Kelas dan Guru Bimbingan yang terlibat dalam melaksanakan Ujian Aptitud Am Tahun 3 boleh meruiuk pada Lampiian 1: Panduan Memuat Turun Bahan Ujian Aptitud Am Tahun 3 sebagai panduan memuat turun dokumen tersebut


Klik maklumat asal di Portal JPN

Klik maklumat asal di Portal PPD
Muat Turun Bahan Ujian Aptitud AM Tahun 3_Oktober 2014

PENANGGUHAN PROGRAM KERJAYA SEKOLAH RENDAH PERINGKAT DAERAH KINTA UTARA 2014


Jumaat, 25 Julai 2014

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI


ANUGERAH AMALAN TERBAIK PENGURUSAN KAUNSELING DAN DISIPLIN

ANUGERAH AMALAN TERBAIK PROGRAM PERKHIDMATAN PENGURUSAN KAUNSELING DAN DISIPLIN DI SEKOLAH
PERINGKAT DAERAH KINTA UTARA

Dengan segala hormatnya perkara atas adalah dirujuk.


2.             Adalah dimaklumkan bahawa Bahagian Pengurusan Sekolah Harian akan melaksanakan Konvensyen Amalan Terbaik Program/Perkhidmatan/Pengurusan Kaunseling dan Disiplin di sekolah.Konvensyen Amalan Terbaik adalah bertujuan memberi ruang kepada Guru Kaunseling dan Guru Disiplin di sekolah untuk berkongsi program/perkhidmatan/ pengurusan terbaik dalam perkhidmatan kaunseling dan disiplin di sekolah ke peringkat kebangsaan.


3.                   Sehubungan dengan itu, pihak PPD Kinta Utara amat berbesar hati menjemput Guru Kaunseling dan Guru Disiplin bagi menyertai program ini.Pihak PPD Kinta Utara akan memilih 4 amalan terbaik untuk dibawa ke peringkat negeri Perak.(4 kaunseling dan 4 disiplin,2 bagi sekolah menengah dan 2 bagi sekolah rendah) Pihak tuan dipohon untuk mengembalikan Borang Penyertaan bagi peringkat Daerah Kinta Utara pada atau sebelum 11 Ogos  2014 ke PPD Kinta Utara (u.p Encik Roslan bin Yahaya)


KLIK SINI UNTUK MUAT TURUN  Garis Panduan Pelaksanaan Amalan Terbaik Program/Perkhidmatan/ Pengurusan Kaunseling dan Disiplin

KEMASKINI BORANG MASGBK

PENGHANTARAN MAKLUMAT GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING SEPENUH MASA BAGI BILANGAN 2/2014
DAERAH KINTA UTARA 2014

Borang MASGBK yang telah dilengkapkan hendaklah dikembalikan pada atau sebelum 11 Ogos 2014. Borang tersebut bolehlah dihantar melalui email di alamat lan_ren68@yahoo.com atau faks ke 05-2541075.Sebarang pertanyaan berkaitan perkara di atas, sila berhubung dengan Encik Roslan bin Yahaya di talian 05- 2544877.


KLIK SINI UNTUK PAUTAN PORTAL PPD

Isnin, 23 Jun 2014

PROGRAM TRANSFORMASI DAERAH (DTP) MUKHAYAM TARBAWI KEPIMPINAN

PROGRAM TRANSFORMASI DAERAH (DTP) MUKHAYAM TARBAWI KEPIMPINAN BAGI GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING DAERAH KINTA UTARA 2014


PAKAIAN YANG PERLU DIBAWA:

1. PAKAIAN KERJA - LENGKAP
2. PAKAIAN RIADHAH - BERKASUT
3. PAKAIAN SOLAT
4. LAIN-LAIN PERKARA SEKIRANYA PERLU

Isnin, 16 Jun 2014

KEM INDUKSI PRS (SEKOLAH RENDAH) DAERAH KINTA UTARA 2014

KEM INDUKSI PEMBIMBING RAKAN SEBAYA PERINGKAT DAERAH KINTA UTARA

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Majlis Guru Kaunseling Kebangsaan Kinta Utara (MGKK) dan Pejabat Pendidikan Daerah Kinta Utara akan menjalankan program di atas seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 20 – 22 Jun 2014, ( Jumaat - Ahad )
Venue : Kem PGA Ulu Kinta, Ipoh..

3. Sehubungan dengan itu, semua sekolah rendah Kinta Utara WAJIB menghantar dua orang peserta PRS ( seorang Lelaki & seorang Perempuan ) untuk mengambil bahagian dalam kem tersebut. Yuran penyertaan kem tersebut ialah RM60.00 seorang. Bayaran boleh dibuat semasa hari pendaftaran program.

4. Sila muat turun dokumen berkaitan program di bawah. Sebarang pertanyaan berkenaan program di atas boleh menghubungi En. Roslan bin Yahaya : 019 – 557 5667, Pen. PPD Bimbingan & Kaunseling.


Sekian. Terima kasih


Dokumen untuk muat turun:

1. Borang Penyertaan - ONLINE (Tarikh tutup: 19 Jun 2014, Jam 1.00 ptg)
2. Borang Pengesahan Penyertaan (Bawa semasa mendaftar)
3. Senarai keperluan kem
4. Minit Mesyuarat Program
5. Surat Kebenaran & Kesihatan
6. Jadual program

Rabu, 14 Mei 2014

LAWATAN SEHARI UNTUK GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING SEKOLAH MENENGAH  KE INSTITUT PENGAJIAN TINGGI 



Dengan segala hormatnya Surat J.Pel.Pk.(AM)5114/6/Jld.20 (22) bertarikh 08 April adalah dirujuk. 

2. Adalah dimaklumkan Pejabat Pendidikan Daerah Kinta Utara akan menganjurkan lawatan di atas seperti ketentuan berikut: 

Tarikh : 20 Mei 2014 (Selasa) 
Masa : 7.30 pagi( Berkumpul di PPD Kinta Utara) 
Tempat : Kuala Lumpur dan Petaling Jaya 

3. Sehubungan dengan itu dipohon kebenaran dan pelepasan tugas rasmi kepada pegawai tuan(Rujuk Lampiran 1) bagi menghadiri program yang dinyatakan di atas. 

4. Sebarang pertanyaan,pihak tuan bolehlah menghubungi pegawai yang bertanggungjawab iaitu Encik Roslan bin Yahaya di talian 019-5575667/05-2531857. 

Kerjasama dan perhatian tuan amatlah dihargai dan diucapkan terima kasih. 

Sekian. 


UNIT PEMBANGUNAN KEMANUSIAAN 
PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KINTA UTARA 

Lampiran 1 

SENARAI PESERTA LAWATAN SEHARI UNTUK GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING SEKOLAH MENENGAH KE INSTITUT PENGAJIAN TINGGI 

BIL NAMA PENUH SEKOLAH 
1 Cr. Fadzilah binti Ghazali SMK Tambun 
2 Cr. Zaleha binti Hasbullah SMK Ulu kinta 
3 En. Megat Azrul Aizad bin Megat Iberahim SMK Poi Lam 
4 Cr. Nor Hafizah binti Mohd Hanafi SMK Kg Dato’ Ahmad Said 
5 Pn Juliana binti Jamhuri SMK Pinji 
6 Cr. Zulliana binti Hasan SMK Dr Megat Khas 
7 Cr. Solihuddin bin Fahmi SMK Seri Putera 
8 En. V. Vejayan SMK Dato’ Hj. Mohd Taib 
9 Cr. Noor Azwa binti Junit SMK Seri Ampang 
10 Cr. Mok Lee Yin SMK Yuk Choy 
11 Pn Fatimah Haslina binti Mohd. Tap SMK Seri Ampang 
12 Pn Kalai Chelvi a/p Ramadass SMK Buntong 
13 En. Noor Aswandy bin Abdullah SM Methodist ACS 
14 En. Nik Mohd Faizal bin Kamaruzaman SMK Gunung Rapat 
15 Pn Nor Fatihah binti Hashim SMK Rapat Setia 
16 Pn Nur Fashariah binti Fauzi SMK Jati 
17 Pn Siti Rauzan binti Mohd Yazid SMK Seri Intan 
18 Pn Nor Syamsalbila binti Mat Junoh SMK Ulu Kinta 
19 Cik Norhanida binti Muhamad Razali SMK Poi Lam 
20 En. Mohd Ridzuan bin Ismail SMK Yuk Choy 
21 Pn Nur Sufizah binti Mohamad Yusof SMK Dr Megat khas 
22 Pn Norashikin binti Ahamad Shaffi SMK Dato’ Hj. Mohd Taib 
23 En. Nazrie bin Rahim SMK Tg Rambutan 
24 En. Muhamad Rizal bin Hasan SMK Tasek Damai 
25 Pn Ng Poh Choo SMJK Perempuan Perak 
26 Pn Ng Yoke Hor SMK Bercham 
27 Pn Norzihan binti Mohd Yusoff SMK Pinji 
28 Cik Yong Oi Chin SMK Seri Keledang 
29. Puan urul Husna bt Mohd pakri SMK Jalan Tasek 
30. Puan Laila bt Ab. Rasid SMK Simpang Pulai 
31. Puan Amutha a/p Vassu SMK Lahat 
32. Puan Norhafizah Dalilah bt Che Ali SMK Jelapang Jaya 
33. Encik Saiful Bahri bin Mat Said SMK Pengkalan 
34. Puan Isliana bt Mohamad SMK Pusing 
35. En. Zahari bin Mohamed Ramli SMK Wira Jaya 
36. Puan Rosliza bt Amat Sehab SMK Bandar Baru Putra 
37. Puan Adhariah bt Thamrin SMK St. Micheal 
38. Puan Bibi Dayana bt Abdullah SMK Raja Perempuan 
39. Puan Norliza bt Mat Noor SMK Perempuan Methodist 
40. Puan Norlis bt Abdul hamid SMK Convent 
41. Puan Sharifah Aisah bt Syed Ali SMK Tarcisian Convent 
42. Puan Nurul Asma bt Bakar SMK Ave Maria 
43. Encik Zuhaimi bin Zakaria SMK Tambun 
44. Encik Sahrol Kamil bin Sakedan SMK Anderson. 

Isnin, 14 April 2014

MESYUARAT AGUNG MGKK KINTA UTARA KE 5 & MAJLIS HI-TEA

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera.

Guru Besar dan Pengetua, 
Sekolah Daerah Kinta Utara.

Tuan,

MESYUARAT AGUNG MAJLIS GURU KAUNSELING KEBANGSAAN (MGKK) PERINGKAT DAERAH KINTA UTARA KALI KE-5 DAN MAJLIS HI-TEA.

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2.         Sukacitanya dimaklumkan bahawa program di atas akan diadakan seperti ketentuan berikut :
                        Tarikh              :           25 April 2014 (Jumaat)
                        Masa                :           2.30 hingga 5.00 petang
                        Tempat            :           (Akan dimaklumkan kemudian)

3.         Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama tuan untuk memberi pelepasan kepada SEMUA Guru Bimbingan dan Kaunseling sekolah tuan untuk menghadiri program tersebut. 

4.         Sekiranya terdapat cadangan usul untuk dibentangkan semasa Mesyuarat Agung tersebut, sila hantarkan kepada Cr. Nor Hafizah Bt. Mohammad Hanafi, Setiausaha Kehormat MGKK Kinta Utara melalui email ( crhafizah@yahoo.com ) atau melalui khidmat pesanan ringkas di talian 013-2221489 SEBELUM 18 APRIL 2014, Jumaat. (Sila nyatakan nama dan sekolah semasa memberi cadangan usul).

Contoh SMS Usul : USUL JULIANA BT. JAMHURI SMKPINJI Mengadakan Hari Keluarga  MGKK sebagai aktiviti tahunan.

5.         Sila maklumkan kehadiran GBK tuan SEBELUM 18 APRIL 2014, Jumaat kepada :
- GBK Sekolah Menengah : Cr. Juliana Bt. Jamhuri, Naib Setiausaha Kehormat I MGKK Kinta Utara melalui SMS di talian 011-24216910.
- GBK Sekolah Rendah : Cr. Mohd. Hanafiah B. Ibrahim, Naib Setiausaha Kehormat II MGKK Kinta Utara melalui SMS di talian 013-4724093. 

Contoh SMS Kehadiran :  HADIR SMK PINJI 3 ORANG JULIANA, NIRMALA, NORZIHAN.

6.         Kerjasama dan keprihatinan pihak tuan, kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.


*   HANTAR USUL SECARA ONLINE @ EMEL KE crhafizah@yahoo.com @ SMS 013-2221489

Selasa, 1 April 2014

KEM KEPIMPINAN SEKOLAH RENDAH DAERAH KINTA UTARA 2014

Majlis Guru Kaunseling Kebangsaan Kinta Utara (MGKK) dan Pejabat Pendidikan Daerah Kinta Utara akan menjalankan program di atas seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 5 & 6 April 2014, ( Sabtu & Ahad )

Venue : PUSWATAN (Pusat Latihan Wataniah) Jalan Tambun Ipoh

Tempat Berkumpul: Tempat Letak Kereta PPD Kinta Utara (Jam 7.00 pagi)

Yuran Penyertaan: RM50/seorang murid

Bayar kepada: Majlis Guru Kaunseling Kebangsaan Kinta Utara (Akaun CIMB Bank  08220000113107)   

* Lihat makluman di Portal PPD: KLIK SINI
* Muat turun borang & minit mesyuarat: KLIK SINI

Khamis, 20 Mac 2014

Ahad, 23 Februari 2014

Assalamualaikum dan selamat selamat sejahtera..

Kepada semua AJK MGKK Kinta Utara, sekiranya tuan / puan tidak hadir mesyuarat AJK Sila maklumkan kepada YDP @ Timbalan YDP...tapi sebaiknya cuba datang ye....

Kerjasama tuan / puan sangat diharapkan.

Sekian, terima kasih.

PANDUAN PENTADBIRAN UJIAN APTITUD (PSIKOMETRIK) SEKOLAH RENDAH

Sumber : Portal Rasmi Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia

1. Panduan
2. Ujian Aptitud Am Tahun 3 (SK)
3. Ujian Aptitud Am Tahun 3 (SJKC)
4. Ujian Aptitud Am Tahun 3 (SJKT)

BAHAN TAKLIMAT AMALAN GURU PENYAYANG FASA 2

Sila klik DI SINI

1. Smart Support Team (SST)
2. Sistem Profil Kerjaya Murid & Aptitud Am
3. Pembimbing Rakan Sebaya (PRS)
4. Minda Sihat
5. Laporan L4 / L8
6. Dasar Warga Emas Negara (DWEN)

MESYUARAT PENGURUSAN MAJLIS GURU KAUNSELING KEBANGSAAN KINTA UTARA KALI PERTAMA 2014

Tarikh : 24 Feb 2014, Isnin 
Masa  : 2.00 ptg 
Tempat : Bilik Mesyuarat SMK Tambun. 

Agenda :
1. Ucapan Pengerusi 
2. Ucapan Penasihat 
3. Pembentangan & Pengesahan minit mesyuarat yang lalu 
4. Perkara – perkara berbangkit 
5. Laporan kewangan 
6. Perancangan Program Tahunan 2014 
7. Hal – hal lain. 

Ahad, 19 Januari 2014

SELAMAT DATANG KE 2014

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua warga Guru Bimbingan & Kaunseling ke Tahun 2014.  SEMOGA SEMUA BERSEMANGAT MENERUSKAN PERJUANGAN KITA.