Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera.
Guru Besar dan Pengetua,
Sekolah Daerah Kinta Utara.
Tuan,
MESYUARAT AGUNG MAJLIS GURU KAUNSELING KEBANGSAAN (MGKK) PERINGKAT DAERAH
KINTA UTARA KALI KE-5 DAN MAJLIS HI-TEA.
Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.
2. Sukacitanya dimaklumkan
bahawa program di atas akan diadakan seperti ketentuan berikut :
Tarikh : 25 April 2014 (Jumaat)
Masa : 2.30 hingga 5.00 petang
Tempat : (Akan dimaklumkan kemudian)
3. Sehubungan dengan itu,
mohon kerjasama tuan untuk memberi pelepasan kepada SEMUA Guru Bimbingan dan
Kaunseling sekolah tuan untuk menghadiri program tersebut.
4. Sekiranya terdapat cadangan
usul untuk dibentangkan semasa Mesyuarat Agung tersebut, sila hantarkan kepada Cr.
Nor Hafizah Bt. Mohammad Hanafi, Setiausaha Kehormat MGKK Kinta Utara melalui
email ( crhafizah@yahoo.com ) atau
melalui khidmat pesanan ringkas di talian 013-2221489 SEBELUM 18 APRIL 2014,
Jumaat. (Sila nyatakan nama dan sekolah semasa memberi cadangan usul).
Contoh SMS Usul : USUL JULIANA BT. JAMHURI
SMKPINJI Mengadakan Hari Keluarga MGKK
sebagai aktiviti tahunan.
5. Sila maklumkan kehadiran
GBK tuan SEBELUM 18 APRIL 2014, Jumaat kepada :
- GBK Sekolah Menengah : Cr. Juliana Bt. Jamhuri,
Naib Setiausaha Kehormat I MGKK Kinta Utara melalui SMS di talian 011-24216910.
- GBK Sekolah Rendah : Cr. Mohd. Hanafiah B.
Ibrahim, Naib Setiausaha Kehormat II MGKK Kinta Utara melalui SMS di talian
013-4724093.
Contoh SMS Kehadiran : HADIR SMK PINJI 3 ORANG JULIANA, NIRMALA,
NORZIHAN.
6. Kerjasama dan keprihatinan
pihak tuan, kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
* HANTAR USUL SECARA ONLINE @ EMEL KE crhafizah@yahoo.com @ SMS 013-2221489
* HANTAR USUL SECARA ONLINE @ EMEL KE crhafizah@yahoo.com @ SMS 013-2221489