Isnin, 14 April 2014

MESYUARAT AGUNG MGKK KINTA UTARA KE 5 & MAJLIS HI-TEA

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera.

Guru Besar dan Pengetua, 
Sekolah Daerah Kinta Utara.

Tuan,

MESYUARAT AGUNG MAJLIS GURU KAUNSELING KEBANGSAAN (MGKK) PERINGKAT DAERAH KINTA UTARA KALI KE-5 DAN MAJLIS HI-TEA.

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2.         Sukacitanya dimaklumkan bahawa program di atas akan diadakan seperti ketentuan berikut :
                        Tarikh              :           25 April 2014 (Jumaat)
                        Masa                :           2.30 hingga 5.00 petang
                        Tempat            :           (Akan dimaklumkan kemudian)

3.         Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama tuan untuk memberi pelepasan kepada SEMUA Guru Bimbingan dan Kaunseling sekolah tuan untuk menghadiri program tersebut. 

4.         Sekiranya terdapat cadangan usul untuk dibentangkan semasa Mesyuarat Agung tersebut, sila hantarkan kepada Cr. Nor Hafizah Bt. Mohammad Hanafi, Setiausaha Kehormat MGKK Kinta Utara melalui email ( crhafizah@yahoo.com ) atau melalui khidmat pesanan ringkas di talian 013-2221489 SEBELUM 18 APRIL 2014, Jumaat. (Sila nyatakan nama dan sekolah semasa memberi cadangan usul).

Contoh SMS Usul : USUL JULIANA BT. JAMHURI SMKPINJI Mengadakan Hari Keluarga  MGKK sebagai aktiviti tahunan.

5.         Sila maklumkan kehadiran GBK tuan SEBELUM 18 APRIL 2014, Jumaat kepada :
- GBK Sekolah Menengah : Cr. Juliana Bt. Jamhuri, Naib Setiausaha Kehormat I MGKK Kinta Utara melalui SMS di talian 011-24216910.
- GBK Sekolah Rendah : Cr. Mohd. Hanafiah B. Ibrahim, Naib Setiausaha Kehormat II MGKK Kinta Utara melalui SMS di talian 013-4724093. 

Contoh SMS Kehadiran :  HADIR SMK PINJI 3 ORANG JULIANA, NIRMALA, NORZIHAN.

6.         Kerjasama dan keprihatinan pihak tuan, kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.


*   HANTAR USUL SECARA ONLINE @ EMEL KE crhafizah@yahoo.com @ SMS 013-2221489

1 ulasan:

  1. Assalamualaikum....semua GBK yangi dihormati.. kesempatan yang ada ini saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir mesyuarat Agung MGKK pada 25 April yang lalu. terima kasih atas kesudian hadir. moga selepas ini MGKK kita akan bertambah kuat. kepada yang baru dilantik selamat bertugas dengan jayanya...

    BalasPadam