Jumaat, 25 Julai 2014

ANUGERAH AMALAN TERBAIK PENGURUSAN KAUNSELING DAN DISIPLIN

ANUGERAH AMALAN TERBAIK PROGRAM PERKHIDMATAN PENGURUSAN KAUNSELING DAN DISIPLIN DI SEKOLAH
PERINGKAT DAERAH KINTA UTARA

Dengan segala hormatnya perkara atas adalah dirujuk.


2.             Adalah dimaklumkan bahawa Bahagian Pengurusan Sekolah Harian akan melaksanakan Konvensyen Amalan Terbaik Program/Perkhidmatan/Pengurusan Kaunseling dan Disiplin di sekolah.Konvensyen Amalan Terbaik adalah bertujuan memberi ruang kepada Guru Kaunseling dan Guru Disiplin di sekolah untuk berkongsi program/perkhidmatan/ pengurusan terbaik dalam perkhidmatan kaunseling dan disiplin di sekolah ke peringkat kebangsaan.


3.                   Sehubungan dengan itu, pihak PPD Kinta Utara amat berbesar hati menjemput Guru Kaunseling dan Guru Disiplin bagi menyertai program ini.Pihak PPD Kinta Utara akan memilih 4 amalan terbaik untuk dibawa ke peringkat negeri Perak.(4 kaunseling dan 4 disiplin,2 bagi sekolah menengah dan 2 bagi sekolah rendah) Pihak tuan dipohon untuk mengembalikan Borang Penyertaan bagi peringkat Daerah Kinta Utara pada atau sebelum 11 Ogos  2014 ke PPD Kinta Utara (u.p Encik Roslan bin Yahaya)


KLIK SINI UNTUK MUAT TURUN  Garis Panduan Pelaksanaan Amalan Terbaik Program/Perkhidmatan/ Pengurusan Kaunseling dan Disiplin