Rabu, 4 Februari 2015

MESYUARAT JAWATANKUASA MAJLIS GURU KAUNSELING KEBANGSAAN DAERAH KINTA UTARA BIL. 1/2015

Pengetua/Guru Besar
(Seperti Lampiran 1) 

Tuan
MESYUARAT JAWATANKUASA MAJLIS GURU KAUNSELING KEBANGSAAN DAERAH KINTA UTARA
BIL. 1/2015
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.         Adalah dimaklumkan Pejabat Pendidikan Daerah Kinta Utara akan mengadakan mesyuarat di atas seperti ketentuan berikut:
                                    Tarikh             : 05 Februari 2015(Khamis)
                                    Masa               : 2.15 petang
                                    Tempat           : Bilik Gerakan, SMK Tambun

3.         Sehubungan dengan itu dipohon kebenaran dan pelepasan tugas rasmi kepada pegawai tuan(Rujuk Lampiran 1) bagi menghadiri mesyuarat yang dinyatakan di atas.

4.         Agenda mesyuarat yang akan dibincangkan adalah seperti berikut :
i. Ucapan Aluan Pengerusi
ii. Ucapan Penasihat
iii. Pembentangan dan Pengesahan Minit Yang Lalu
iv. Pembentangan Cadangan/Aktiviti dari Biro-Biro
v. Program Ekspo Kerjaya Daerah Kinta Utara 2014
vi. Insuran Takaful Berkelompok MGKK
vii. Lain-lain Hal
viii. Ucapan Penagguhan

                      








5.         Sebarang pertanyaan, sila hubungi En Roslan bin Yahaya,Penolong PPD Bimbingan dan Kaunseling di talian 019-5575667/05-2544877
Kerjasama dan perhatian tuan amatlah dihargai dan diucapkan terima kasih.

Sekian.
UNIT PEMBANGUNAN KEMANUSIAAN
PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KINTA UTARA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan