Jumaat, 6 Februari 2015

TAKLIMAT PENGURUSAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING DAERAH KINTA UTARA 2015

Pengetua/Guru Besar
Sekolah Daerah Kinta Utara


 Tuan 
TAKLIMAT PENGURUSAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING
DAERAH KINTA UTARA 2015
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.         Adalah dimaklumkan Pejabat Pendidikan Daerah Kinta Utara akan mengadakan taklimat di atas seperti ketentuan berikut:

                                    Tarikh             : 09 Februari 2015
                                    Masa               : 2.15 petang
                                    Tempat           : Dewan Sri Kinta, PPD Kinta Utara

 
3.         Sehubungan dengan itu dipohon kebenaran dan pelepasan tugas rasmi kepada semua guru bimbingan dan kaunseling bagi menghadiri taklimat yang dinyatakan di atas.

4.         Aturcara taklimat yang akan dibincangkan adalah seperti berikut :

i. Ucapan Aluan Pengerusi
ii. Ucapan Pegawai Pendidikan Daerah Kinta Utara
iii. Sesi taklimat oleh Penolong PPD Bimbingan dan Kaunseling
iv. Soal jawab
v. Bersurai
                       





5.         Sebarang pertanyaan, sila hubungi En Roslan bin Yahaya,Penolong PPD Bimbingan dan Kaunseling di talian 019-5575667/05-2544877
Kerjasama dan perhatian tuan amatlah dihargai dan diucapkan terima kasih.

Sekian.
UNIT PEMBANGUNAN KEMANUSIAAN
PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KINTA UTARA.
 http://ppdkinta.edu.my/index.php/layout/62-unit-pembangunan-kemanusiaan/965-taklimat-pengurusan-bimbingan-dan-kaunseling-daerah-kinta-utara-2015

Tiada ulasan:

Catat Ulasan