Isnin, 27 Julai 2015

PERLANTIKAN SEBAGAI FASILITATOR DAN URUSETIA PROGRAM MENANGANI GEJALA DISIPLIN MURID(KESOPANAN DIRI) DAERAH KINTA UTARA 2015

PERLANTIKAN SEBAGAI FASILITATOR DAN URUSETIA
PROGRAM MENANGANI GEJALA DISIPLIN MURID(KESOPANAN DIRI)
DAERAH KINTA UTARA 2015


Dengan hormatnya, saya merujuk perkara di atas..

2.         Sukacita dimaklumkan Pejabat Pendidikan Daerah Kinta Utara akan melaksanakan program di atas seperti ketentuan berikut:

                                  Tarikh                : 12.08.2015(Rabu)
                                    Masa                : 7.45 pagi hingga 4.30 petang
                                    Tempat            : Dewan Besar, SMK Anderson.

3.         Adalah dimaklumkan bahawa satu mesyuarat bersama Fasilitator dan Urusetia akan diadakan seperti berikut :
                                    Tarikh             : 30 Julai 2015
                                    Masa               : 2.00 petang
                                    Tempat            : Dewan Seri Kinta,PPD Kinta Utara.
4.         Sehubungan dengan itu adalah dipohon kebenaran dan pelepasan tugas rasmi kepada pegawai tuan yang telah dipilih bagi menghadiri mesyuarat dan bertugas seperti yang dinyatakan di atas.Mesyuarat ini adalah untuk menyelaraskan bidang tugas serta fungsi fasilitator dan urusetia yang dilantik.
5.         Sebarang pertanyaan,pihak tuan bolehlah menghubungi pegawai yang bertanggungjawab iaitu Encik Roslan bin Yahaya di talian 019-5575667/05-2531857.

Kerjasama dan perhatian tuan amatlah dihargai dan diucapkan terima kasih. 


* SENARAI AJK & FASILITATOR YANG DILANTIK

Tiada ulasan:

Catat Ulasan