Jumaat, 24 Julai 2015

SEMINAR PEMANTAPAN PROFESIONALISME GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING PERINGKAT DAERAH KINTA UTARA TAHUN 2015

SEMINAR PEMANTAPAN PROFESIONALISME GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING
PERINGKAT DAERAH KINTA UTARA TAHUN 2015

 

Pengetua
Sekolah Menengah Daerah Kinta Utara

Tuan


Dengan hormatnya, saya merujuk Surat J.Pel.Pk.(AM)5114/6/Jld.29 (61) bertarikh 14 Julai 2015.

2.         Sukacita dimaklumkan Pejabat Pendidikan Daerah Kinta Utara akan melaksanakan program di atas seperti ketentuan berikut:

                                    Tarikh           : 06.08.2015

                                    Masa             : 08.00 pagi hingga 2.30 petang
                                    Tempat          : Hotel Excelsior, Ipoh.


4.         Sehubungan dengan itu adalah dipohon kebenaran dan pelepasan tugas rasmi kepada pegawai tuan iaitu seorang Guru Bimbingan dan Kaunseling bagi menghadiri seminar seperti yang dinyatakan di atas. Kehadiran pegawai tuan adalah wajib bagi memastikan segala perancangan,keperluan dan tugasan guru bimbingan dan kaunseling di sekolah menepati dasar yang telah ditetapkan oleh pihak kementerian.

5.         Sebarang pertanyaan,pihak tuan bolehlah menghubungi pegawai yang bertanggungjawab iaitu Encik Roslan bin Yahaya di talian 019-5575667/05-2531857. 

Kerjasama dan perhatian tuan amatlah dihargai dan diucapkan terima kasih.

Sekian.


******
a. Lihat: Maklumat asal (portal ppd)
b. Muaturun surat panggilan rasmi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan